Monday, October 10, 2011

Sunday, October 09, 2011

Kedatangan dan Ucap Tama Puan Naimah

Tarikh : 10 Oktober 2011
Tempat : Dewan Harmoni, SMKJJ

Pada hari ni, rasmilah Puan Naimah bertugas sebagai pengetua di SMKJJ bagi menggantikan Puan Norizam yang telah bersara.
Puan Naimah bertukar dari SMK Bandar Baru Tambun. Beliau telah berbesar hati untuk turut sama dalam perhimpunan pagi hari ini, dan telah menyampaikan ucap tama. Beliau telah mendapat gambar awal yang baik tentang SMKJJ ini, dan diharapkan agar SMKJJ terus memacu kecemerlangan dalam persada pendidikan Negeri Perak.







Puan Hajah Naimah binti Haji Umar

Persaraan Puan Norizam

Tarikh : 19 September 2011
Tempat : Dewan Wawasan, SMKJJ

Pada hari ni, Pengetua SMKJJ telah meraikan persaraannya dalam suatu majlis yang penuh warna warni dan gemilang, bagi menghargai segala jasa dan baktinya sepanjang berkhidmat di SMKJJ.

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR 2010

Tarikh : 23 Disember 2010

Seramai 11 orang pelajar SMKJJ telah mendapat 8A dalam semua matapelajaran. Tahniah.
Keputusan dan slip peperiksaan telah diedarkan bermula jam 10.30 pagi, dengan kehadiran yang amat baik dari seluruh pelajar Tingkatan 3. Guru-guru kelas bertanggungjawab mengedarkan slip kepada pelajar-pelajar kelasnya.

Gambar lain boleh dilihat di www.facebook.com/cakcibor




.

Tuesday, November 09, 2010

Perlawanan Persahabatan SMKJJ vs SMKKDAS - bolasepak dan bola jaring

tarikh : 9 november 2010
masa : 8.30 pagi
tempat : padang SMKJJ

Satu perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring antara SMK Jelapang Jaya dan SMK Kg Dato Ahmad Said diadakan bagi mengisi slot yang dirancang bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan PMR baru-baru ini.

Pertandingan itu memperlihatkan hubungan yang erat antara kedua buah sekolah itu, dan masing-masing telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :

Bola sepak : SMK Kg Dato Ahmad Said mn SMK Jelapang Jaya, 3-2 (penalti)
Bola Jaring : SMK Jelapang Jaya mn SMK Kg Dao Ahmad Said, 22-10

Tahniah kepada peserta dan penyokong kedua-dua buah sekolah.

gambar akan diupload kemuadian.....

.

Malam Jalinan Mesra 2010

Tarikh : 30 Oktober 2010
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Besar SMK Jelapang Jaya

Jamuan Makan Malam Tahunan (Annual Dinner) "Malam Jalinan Mesra" dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf bagi meraikan semangat kekitaan di kalangan warga SMKJJ. Penganjuran kali kedua oleh Jawatankuasa Kelab ini telah mencipta suatu kejutan iaitu, bilangan hadiah yang ditawarkan melalui cabutan bertuah amat banyak dan bernilai hingga ratusan ringgit.

Penyertaan di kalangan warga pendidik, bukan pendidik dan staf amat memberangsangkan, hampir kesemua warga SMKJJ terlibat, termasuk penyertaan daripada Staf Kantin, iaitu Che Amah and The Gang.

Selain makan-makan, acara malam itu juga dimeriahkan dengan kugiran 'live band' yang dikelolakan oleh En Eddie dan En Shaiful, dan mereka mengundang gitaris khas daripada SMK Raja Permaisuri Bainun, iaitu Eb Sajastanah serta penyanyi daripada ahli kumpulan The Zuhrah 1, iaitu En Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Din Goreng, yang mendendangkan dua buah lagu yang cukup istimewa.

Kemuncak malam tersebut adalah cabutan bertuah perdana, iaitu berupa Mikrowave Oven yang dimenangi oleh Cik Nurulakma Zolkefli; dan pengumuman King & Queen of The Night yang disandang oleh En Mat Rashid, selaku YDP PIBG dan Che Amah selaku pengusaha kantin yang begitu sporting.

Pada malam itu juga, YDP PIBG, EN Mat Rashid telah menyampaikan cek RM5000 kepada Pengetua hasil sumbangan Ahli Parlimen Tambun, dan juga malam itu juga meraikan perpisah Puan Misah yang telah bertukar ke SMK Sri Intan.

Jamuan malam itu dikendalikan oleh Taj Kolej (bahagian Katering) namun ada sedikit kekurangan dari segi penyediaan dan perkhidmatan makanan. Namun ia tidak mencacatkan perjalanan keseluruhan majlis malam itu.

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pengetua yang juga sporting, begitu juga barisan pentadbir termasuk AJK PIBG. Juga tidak lupa kepada keseluruhan warga kerja Malam Jalinan Mesra 2010.



.

Saturday, September 04, 2010

Ceramah Muzul Quran

Tarikh : 3 September 2010 / 24 Ramadhan 1431
Lokasi : Dewan Besar SMKJJ

Penceramah : Ustaz Mohamad Shah bin Ramli (Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak)


.

Thursday, September 02, 2010

Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Terawih

Tarikh : 2 September 2010
Masa : Bermula jam 6.30 petang
Lokasi : Dewan Besar SMKJJ

Majlis yang diadakan pada malam ini adalah Majlis Tahunan yang biasa dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini. Di samping mendapat keberkatan Bulan Ramadhan ini, Solat Hajat diadakan bagi mengiringi dan merestui para pelajar SMKJJ yang bakal menduduki peperiksaan awam akhir tahun nanti. Semoga mereka beroleh kejayaan dan seterusnya menlanjutkan pelajaran ke peringkat yang lbh tinggi bagi membolehkan mereka mencapai cita-cita mereka.

Majlis bermula seawal 6.50 petang dengan bacaan Tahlil dan berdoa, diikuti majlis berbuka puasa di kantin sekolah. Selepas itu, solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Yassin yang ketuai oleh Ustaz Mohamad. Selepas itu, Solat Hajat berjemaah dan disusuli dengan Solat Sunat Terawih.

Sedikit jamuan ringan disediakan sebelum majlis bersurai.