Thursday, April 15, 2010

Selamat Bersara Puan Rokiah

16 April 2010 - Puan Rokiah bt Panjang Othman, seorang pembantu tadbir di SMKJJ akan bersara pada hari ni, dan hari ini juga merupakan hari terakhir beliau bertugas dalam perkhidmatan awam.

Puan Rokiah mula bertugas di SMKJJ sejak tahun 2001, seawal penubuhan sekolah ini. Beliau telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang selama berada di sini dan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 2006.

Pada hari ni juga diadakan suatu Majlis bagi meraikan hari terakhir beliau di sini seterusnya memberikan penghargaan kepada beliau atas jasa-jasa yang tidak terbalas yang telah beliau sumbangkan.

Biasa dengan panggilan Kak Kiah oleh semua guru dan staf, beliau disenangi oleh semua pihak. Beliau juga merupakan 'front desk' di pejabat dan setiap pelawat yang datang akan bertemu dengannya terlebih dahulu. Begitu juga guru atau staf yang baru posting, beliaulah yang akan menerima mereka terlebih dahulu dengan layanan penuh senyuman.

Adalah menjadi harapan kami warga sekolah agar Kak Kiah ceria selalu disamping keluarga mengisi masa lapang setelah menamatkan perkhidmatannya.

Terima kasih Kak Kiah......................... Jasamu dikenang.................



.